Ahad, 15 Disember 2013

Masak ikan Haruan dengan daun kesum



Kalau tengok pada gambar di atas tentu ramai yang dah tahu pasal ikan ini.Ikan ini biasa berada di tempat berpaya

Kemarin isteri saya sempat sembelih dua ekor ikan ini untuk di buat gulai kuning bersama daun kesum.Khasiat ikan ini adalah dapat merawat luka bila kita memakannya.Untuk wanita yang lepas bersalin jugak di galakan memakan ikan ini .Untuk menyediakan ikan ini terpulang kepada kita samaada nak bakar,gulai atau goreng


Bagi saya,saya lebih suka gulai dengan daun kesum di mana isi menjadi manis dan enak,Saya sempat bertanya berberapa orang kawan mengenai harga ikan ini di pasaran sekarang, katannya RM 15 sekilo.Wow mahal juagk yer ikan ini sekarang dan susah jugak nak dapat 

Rabu, 2 Oktober 2013

Alhamdulillaah… masih ada kejujuran di sini

Alhamdulillaah… masih ada kejujuran di sini

Biasa saja bagi sesiapa yang buka apa-apa saja jenis perniagaan, mereka akan bertemu dengan pelanggan yang tak cukup duit untuk bayar. Tak terkecuali saya. Hampir setiap hari ada pelanggan yang tak cukup duit atau langsung tak berduit. Mungkin kerana mereka tahu saya ni baik. He… hee.. heee..

Ada yang bila siap rawatan, barulah bagi tahu sebenarnya dia tak ada duit. Bila kita tanya, kenapa tak beritahu awal-awal, mereka jawab, “Takut doktor tak mahu buat rawatan bila tahu saya tak dok pitih.”

Ada juga yang kita tengok pakai gelang emas sekerat lengan, tapi mengaku tak cukup duit untuk bayar. Ada yang minta izin untuk ke bank sekejap, nak ambil duit, akhirnya lesap terus.

Semuanya saya hadapi karenah ini dengan lapang dada dan sangka baik walaupun kita tahu ada orang yang suka ambil kesempatan.

Ahad, 1 September 2013

Tahun 2013 beransur pergi...adakah kita sudah bersedia untuk ke tahun 2014







Agak lama juga saya tidak update blog kakulators ini,sibuk dengan pelbagai urusana yang saya perlu selesaikan .
tahun 2013 beransur-ansur meninggalkan kita,saya memperingati diri saya sendiri dan juga para pembaca andakah anda sudah sedia semua dengan kehadiran tahun baru ?

Khamis, 1 Ogos 2013

Salam Adilfitri

Salam Adilfitri kepada semua pembaca yang beragama islam,berhati-hati ketika memandu,ingatlah orang tersayang.Semoga selamat sampai ke tempat yang di tuju

Rabu, 12 Jun 2013

Kali Ini kereta pula yang hilang ....Area Bangi


Sumber Facebook


Assalamulaikum tolong sebarkan.. member ada hilang kia forte putih..no plate KDH9876..no plate mungkin dah dtkr,,rim seperti dalam gambar.belakang ada sticker i luv islam.dekat cermin depan dan belakang ada sticker OKU..call 0193155262..hilang pagi td,owner pergi kursus.break in house,ambk smart key,,drve off car

Pemilik kereta adalah sorang OKU 


Jumaat, 7 Jun 2013

Kemalangan Ngeri Jalan Aternatif Terengganu-Kota Baru



Pada 2.6.2013 jam 4 petang lebih kurang,masa itu saya menghala untuk pulang ke rumah mak saya di Kg Paya Rawa Besut Terengganu

Saya merasa pelik  mengapa kereta bersusun-susun di atas jalan raya,ada road block kah?
Rupa-rupanya ada berlaku kemalangan yang melibatkan 2 buah kereta
Sungguh mengerikan bila menglihat keadaan kereta yang bergitu teruk.
Menurut sumber yang terdekat,kejadian kemalangan tersebut berpunca daripada salah sebuah kereta tidak berjaya memotong menyebabkan kemalangan

Namun pemandu kedua buah kereta dilaporan dalam keadaan selamat dan hanya luka-luka kecil sahaja,manakala penumpang di bahagian belakang tidak mengalami sebarang kecederaan 

Khamis, 6 Jun 2013

Majoriti Penghuni Syurga dan neraka

H.R Bukhari Muslim  
Daripada Ibnu Abbas dan Imran Bin Hushain radhiallahu anhum daripada Nabi Saw.sabdanya :"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan orang-orang yang faqir .Dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan  

Keterangan:

Di malam Isra Mi'raj telah diperlihatkan kepada Nabi saw banyak perkara-perkara yang ghaib,termasuk di antaranya keadaan di Syurga dan keadaan di Neraka .Maka apabila Nabi saw.masuk ke dalam Syurga ,beliau melihat kebanyakan  penghuni syurga adalah daripada kalangan orang faqir.Ini disebabkan  sewaktu mereka berada di dunia  dahulu banyak berpeluang untuk memperbanyakkan amal ibadat.Lainlah halnya dengan orang kaya yang banyak disibukkan dengan menghimpunkan harta dan disibukkan pula dengan menjaga harta yang ada .Mereka menghabiskan masa untuk mengejar dunia yang diangan-angankan,sehingga mereka di kejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat.Mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan

Dan Apabila Nabi saw.melawat ke dalam neraka maka beliau melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan perempuan.Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami.Mereka tidak berterima kasih atas pemberian suami dan tidak mengjaga diri di saat suami tidak ada di rumah,tidak menutup aurat daripada orang yang bukan mahram dan ramai pula di kalangan mereka yang keluar dari rumahnya dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan,memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi dicium oleh orang  yang bukan mahramnya.Sedangkan ia menghadapi suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang berbau busuk.Inilah di antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan perempuan yang akan masuk Neraka.Maka peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka







Khamis, 30 Mei 2013

Taniah kepada Mereka......

Gambar sekadar perhiasaan

Taniah kepada mereka yang sudah melangsungkan perkahwinan.Musim cuti sekolah begini banyak jugak pasang-pasangan yang mendirikan rumahtangga,maka berubahlah status si jejaka tadi kepada gelaran suami dan begitu juga dengan si dara 

Tarikh 30 dan 31 Mei 2013 adalah tarikh keramat ,kerana rata-rata pasangan memilih tarikh ini untuk berkahwin 
Persiapan awal sudah di lakukan,menyediakan kelengkapan secukupnya untuk memastikan majlis berjalan dengan cukup meriah 


Ahad, 26 Mei 2013

Minta bantuan kepada semua...........Bantu sahabat kita ini sedaya mungkin

Orignal msg dari sahabat saya di dalam forum carigold 

salam..
maaf kalau salah tempat, sebab nak mintak jasa baik kawan2 kat CG, 

pagi2 tadi,
pagar rumah saya kene pecah..



dan yang hilang 





adik saya balik rumah dalam pukul 2 pagi...

polis plak buat rondaan dalam pukul 2.30 pagi, jadi aku rasa sebelum subuh setan2 ni buat kerja,

p/s: mohon jasa baik kawan2, kot2 ade yang nak jual RR panas, sparepart or ape2, telefon adik saya : 0172989695, - azri, 

aku rasa masa ni setan2 tu tengah tidur lagi, bukan kerja sorang nak angkut pagar rumah aku tu, 

dah buat report polis, dalam list wanted, tapi aku harap kawan2 kat sini boleh tolong, belum 12 jam, belum 24 jam lagi.......

terima kasih


lupa nak beritahu, no, plat JPB 5419, rumah kat taman tangkak jaya 2, jadik kemungkinan dalam kawasan muar, melaka je la kalau2 dia nak buat hal jual2an ni

kalau ikot kata polis, biasanya org yang curik ni akan buat race motor2 ni, sebab banyak kes kat tangkak ni motor RR ni kene curik, kat kedai motor baru je 2 hari lepas hilang 3 biji RR, kedai motor pon sama dia angkut pagar mcm ni......
__________________


tolong share kepada sahabat anda

Khamis, 23 Mei 2013

Forum Carigold terkenal dengan......?

Hampir 2 tahun sudah saya menggunakan Forum Carigold sebagai tempat untuk promok produk-produk fizikal yang saya tawarkan
Ramai yang tidak tahu bahawa Carigold merupakan satu-satunya forum yang mempunyai pengunjung yang ramai .Rata-rata yang menggunkan forum ini adalah mereka yang berkecimpung di dalam Forex.Walaupun forum ini berteraskan kepada mereka yang bercimpung di dalam Forex ,namun ownernya tidak melupakan mereka yang ingin bersantai di dalam forum ini

Diantara bahagian-bahagian yang popular ialah:

santai
Politik
Product &trading
dan sebagainya

Namun untuk berforum kita perlu mematuhi peraturan yang sudah di tetapkan,oleh owner contohnya melarang menggunakan perkataan yang tidak senonoh
Tujuan perlaksanaan peraturan tersebut adalah untuk menjamin kententeram pengguna lain

Sabtu, 18 Mei 2013

Searh Enjin Comodo Dragon.....Jom cuba

Susah betul nak buka Mozila ni.... Tiap kali saya klik nak buka Mozila pasti tidak dapat,ushar punya ushar dalam hippo file saya terjumpa dengan Satu searh Enjin yang bernama Comodo Dragon yang mana Searh Enjin sangat ringan dan pantas dari pada Chrome dan mozila

Pada mulanya saya ingat pemainan game comodo yang di sediakan untuk kanak-kanak,ternyata sangkaan saya meleset 100%.Apabila saya membaca keterangan yang berikan tanpa membuang masa saya terus install di laptop.

Konsep yang diguna pakai oleh searh engin ini bagi saya sama sahaja dengan google chrome,mungkin sedikit masa lagi Comodo Dragon akan mengantikan google Chrome dan Mozila,

Dibawah ini saya tunjukan berberapa Screen short berkaitan dengan Comodo Dragon,bagi saya ini merupakan pilihan terbaik untuk kita bertukar searh engin sekiranya berlaku dropdown searh enjin yang biasa kita gunakan

p/s:Biawak comodo tidak ada di negara kita....


Jumaat, 17 Mei 2013

Jom rilex sekejap......Tengok puas2,mana tahu leh segarkan Mata Anda


Selamat Hari Guru....

Sekadar Gambar Hiasan

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang berada di Malaysia yang banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa tidak kira latar belakang mereka.Segala kesusahan dan kepayahan para guru akhirnya terbalas jua dengan sambutan Hari Guru setiap tahun

Tanpa guru yang mendidik siapalah kita pada hari ini,guru ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar dirinya demi untuk pelajarnya berjaya.

Kepada guru,saya ucapakan terima kasih,tidak dapat di balas segala jasa mu guru,

Masa berlalu bergitu cepat...


Masa berlalu pergi bergitu cepat meninggalkan kita,sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab mengikut Kelendar Islam.Bagaimana dengan pengurusan masa kita pada hari ini?Adakah kita menggunakan masa yang ada dengan perkara yang berfeadah ?Tepuk dada tanya iman



Rabu, 10 April 2013

Mobile apps jenis komunikasi menjadi pilihan ramai


Ketika saya akses mobile apps direktori di google play untuk kategori android percuma, saya mendapati mobile apps jenis komunikasi antara pilihan yang digemari oleh pengguna android. Applikasi WeChat telah memintas WhatApps Messenger yang pada awalnya merupakan mobile apps yang top.
Rujuk link di bawah untuk mengetahui mobile apps percuma yang terlaris:
https://play.google.com/store/apps/collection/topselling_free
top-mobileapps
Untuk membina mobile apps sedemikian, ianya menelan belanja puluhan ribu ringgit. Namun apa yang boleh kita pelajari, apa sahaja jenis mobile apps yang dalam kategori niche komunikasi menjadi pilihan ramai prospek ingin download dan menggunakannya.
Menggunakan platform EdyApps, anda boleh membina apps jenis mudah & murah yang berkaitan dengan niche komunikasi. Sebagai contoh:
1. Mobile apps yang membolehkan user komen
2. Mobile apps yang membolehkan user upload gambar
3. Mobile apps yang membolehkan user menghubungi antara satu sama lain
Hanya kreativiti anda untuk mencipta mobile apps niche komunikasi membolehkan ianya digemari dan digunakan oleh prospek.

Selasa, 19 Mac 2013

Gamer Flatfrom

kali saya ingin bercerita mengenai tablet pc untuk gamer iaitu android 4.0.4.Tablet ini sangat ringan dan mudah di bawa kemana-mana tempat 

Bagi kaki gamer saya rasa sangat sesuai untuk mereka memiliki tablet PC ini,mengapa saya kata bergitu?





grafiknya juga sangat menarik,jangan tak tahu sekarang ini tablet pc ini menjadi kegilaan kaki gamer ,namun satu lagi persoalan timbul kepada pengguna tablet pc ini iaitu bagaimana hendak melakukan format sekiranya tablet pc ini jemmm 


nantikan posting saya di lain masa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...