Rabu, 27 Julai 2016

Masalah biasa yang di hadapi oleh kebanyak pengguna Handphone




Assalamulaikum lam juga saya tak update blog nih ,dah bersawang dah pun ,saya nak cerita sikit berkenaan dengan masalah yang sering berlaku kepada pengguna handphone ,dimana tempoh kredit tamat tempoh.

Bagi mereka yang hanya menunggu panggilan sahaja mungkin agak terbeban ,dan yang paling pasti kredit akan terkumpul dek kerana perlu tambah nilai untuk hidupkan line handphone tersebut

Bagaimana anda melihat masalah ini?Adakah biasa atau luar biasa ?Bagi saya ianya lebih kepada pembaziran 

Ahad, 1 Mei 2016

1 Mei Selamat Hari Berkerja


Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua yang berkerja,tidak kiralah dalam apa jua sektor.Anda adalah nadi pengerak kemajuan negera .Mungkin ada juga yang tengah berkira-kira untuk bersara awal dari alam perkerjaan ,dek kerana faktor umur yang tidak mengizinkan

 Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1972, dan 1 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Perhimpunan Hari Pekerja pertama diadakan di Malaysia  yang dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991.

selamat hari pekerja di ucapkan kepada semua pekerja di malaysia 

Jawatan kosong yang penuh bermakna



Sering kali terlihat ,Jawatan kosong ini di gantung di depan masjid-masjid untuk menarik lebih ramai lagi jemaah hadir ke surau atau masjid 

Pendapatan Lumayan=27 xganda pahala 5 x sehari 

Elaun Perjalanan= 1 langkah ke surau (dapat 1 pahala terhapus 1 dosa )

Bonus Mingguan=Kuliah Jumaat,Subuh dan Maghrib

Kelayakan 

Baligh,lelaki dan perempuan ,waras ,tidak uzur syarie 

Masa temuduga 

Subuh
Dzuhur
Asar
Maghrib
Isya 

Tempat 

Surau/Masjid terdekat 

Tarikh Tutup 

Mati/Kiamat


Semoga kita mengambil peluang mengisi Jawatan Kosong ini sebelum terlambat



Khamis, 28 April 2016

Smart Viral Oleh Teliport Dot Net bakal di lancarkan pada 1/5/2016??






Portal Smart Viral merupakan sebuah koding canggih yang telah dikembangkan dengan professional sehingga menjadi sebuah aplikasi Automatik yang mampu membuat sebaran secara viral /iklan/text/gambar/video anda secara terus menerus tanpa anda log-in ke akaun facebook, kerana script ini bekerja dari server yang selalu uptime. Berbeza dengan tools-tools atau software yang tersebar di internet yang hanya bekerja pada laptop/komputer  yang mana akan menggangu kerja dan membazirkan bandwidth internet (kuota) anda.

Dizaman serba moden segala perkara hendaklah di lakukan  secara cepat dan pantas, Tidak mahu ketinggalan dengan perkembangan global, Teliport Dot Net  memwujudkan kepada  anda sebuah Portal Smart Viral, berfungsi sebagai satu sistem sebaran kesemua rangkaian media social seperti facebook, twitter, instagram, dll. Dengan hanya satu post sahaja.

Bayangkan jika facebook anda sudah join 500 group 1 group purata mempunya 10,000 ahli, maka anda sudah mempromosikan iklan kepada 500,000 ahli dengan sekali klik sahaja. Dengan kata lain bukan sekali sahaja posting akan dilakukan, tetapi portal viral akan selalu berjalan non stop  mengikut ketetapan yang anda buat, bayangkan jika sehari anda set untuk 10 pusingan maka
500,000 posting x 10 pusingan sehari = 5,000,000
Belum dikira semingu sebulan dll.. wowww!!!
Bagaimana anda ingin memiliki sistem ini,nantikan update seterusnya dari Faizulshop dot net

Ahad, 24 April 2016

Iklan yang menyentuh hati





Umun sedia tahu bahawa iklan memainkan peranan yang peting untuk memberi tarikan kepada pembeli.Namun di Thailand iklan yang di pertontonkan mempunyai nilai moral yang tinggi

Anak kecil sudah pandai menjaga ibunya dan di nukilankan di sekeping kertas ,saksikan video ini yang di ambil di youtube 

Sabtu, 16 April 2016

Untuk mu Ibu.....







Setitik air susu yang masuk ke mulut Besar hajat ibu nak tengok ku hidup Air susu ibu nilai tadok(tiada) hargo Walau pitih(wang) beribu dengan duit berjuta Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua Dahi kecut seribu uban putih penuh kepala Tapi aku tahu ibu banyak jasa Air tangan ibu seribu bau seribu rasa Oh ibu .. Oh ibu.. Terima kasih ibu.. Sejak kecik hingga aku dewasa Nyamuk sekor tak wi ketik(gigit) duduk jaga Makan minum kain baju tak wi(bagi) kurang Didik aku dengan penuh kasih sayang



Bila besar baru aku kenal diri Tadok nilai jasa ibu tabur budi Tangan paha kaki sanggup jadi jamban(tandas) Rela susah diri pelihara aku sorang Ibu yang dah tua dok perati(perhati) anak-anak Hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok Anak yang berjaya ditaruh harapan Bekal hari tua tempat dia nak menumpang Oh ibu.. oh ibu.. jasa mu ku kenang.. Selama ini ibu juga jadi hamba Hari ini ku nak balas segala jasa Sakit demam makan minum ku jaga Nak wi(memberi) senang hidup mu di masa tua Jasa baik budi ibu ku tak lupa Walau setitik air susu mu ku rasa Nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan Letih penat badan mu tak royat(bagitahu) ke orang Ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun Segala salah aku banyak sangat kalu hitung Hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung Budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung Pada anak-anak hok masih ada ibu Tulunglah pakat tengok walau sekali, sekali seminggu Harta dia tak nak harap kasih anak cucu Tengok mata anak terubatlah segala rindu oh ibu.. oh ibu.. ku sayang pada mu oh ibu.. halal lah makan dan minum ku oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu .. Karya : Cikgu Sulizi – Untukmu Ibu

Selasa, 12 April 2016

Kenangan model Nokia 1110.

Siapa yang pernah menggunakan nokia 1110?Masih ingatkah anda ,game snake yang ada di dalamnya ?.Bagi yang tak tahu ini lah salah satu  model hot  ketika android masih belum popular  sekitar tahun 2009 .

Nokia model 1110 di hasilkan untuk memenuhi kehendak golongan yang mempunyai bujet yang rendah

Harga yang di tawarkan di sekitar rm 85-100 mampu di miliki oleh sesiapa sahaja.Menggunakan voltan 7.5 dan cukup mudah di kendalikan .Langit tidak selalunya cerah,akhirnya model ini lenyap di telan masa

Bagi saya cukup selesa untuk di bawa kemana dan yang paling penting bersaiz kecil.

Sehingga sekarang saya masih memilikinya dan berfungsi dengan baik,nokia classic 1110.


Isnin, 11 April 2016

Betulkah Dr zakir naik memalukan Pelajar Malaysia ?







Video di atas saya ambil dari Youtube ,bagi soalan yang saya tanya sejak kemarin betulkah Dr Zakir Naik memalukan Pelajar Malaysia ?Bagi saya cara yang di jawab oleh Dr Zakir Naik sungguh berhemah

Di nyatakan secara detail oleh Dr Zakir Naik kepada pelajar yang bertanya tersebut,tiada isu di malukan pun.

Cuma tajuk agak sensasi sikit 

Sabtu, 9 April 2016

Black Or White

Lagu ini menyampaikan maksud yang sangat mendalam ,sebenarnya kita sesama manusia walaupun berlainan budaya harus saling menghormat-menghormati satu sama lain.

Saya sebenarnya tidak minat sangat MJ ini,bila faham akan maksud setiap lagunya ,baru saya faham,mengapa MJ di terima di seluruh dunia,

Irama pun boleh di katakan relax jugaklah,namun apakan daya MJ sudah tiada untuk memperjuangankan keamanan sejagat






Khamis, 7 April 2016

Wordpress VS Blogspot


Pada Kali ini saya ingin membuat perbandingan di antara wordpress dan blogspot.Saya sendiri sudah menguji keduanya sekali dan alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ada pada saya mengenai keduanya ini saya kongsikan untuk tatapan para pembaca,semoga dapat membantu.

sebenarnya mungkin ramai yang masih belum tahu wordpress dan blospot mengalami perubahan demi perubahan yang amat ketara sekali.

Dari segi Code script ,wordpress lebih canggih dari blogspot .Selama saya menggunakan wordpress ,untuk setting template wordpress lebih kepada code script asas yang perlu di ketahui.

Saya mengambil satu contoh function yang ada pada wordpress iaitu  inside shortcode ,dimana ianya berfungsi sebagai nilai tambah untuk posting anda dimana ianya  boleh di tetapkan secara manual ,dan yang paling best anda boleh menentukan bagaimana perkataan di posting anda itu bergerak seperti flash,fadein,fadeout dan sebagainya 

Berbeza dengan blogspot ,blogspot bagi saya satu medium blog yang ringkas dan tidak memerlukan banyank code ,namun asas juga perlu di ketahui terutamanya fungsi schedule yang tepat mengikut masa yang sudah di tetapkan ,apabila membuat setting secara manual .Namun blogspot sedikit berat jika hendak di bandingkan dengan wordpress 

Kesimpulan untuk kekemasan blog bergantung pengguna itu sendiri 

Khamis, 31 Mac 2016

Idea menulis atikel untuk blog anda ,tips ini mungkin dapat membantu


Anda mungkin biasa kekeringan idea untuk menuliskan bukan.Disini saya akan kongsikan bagaimana saya mendapat idea untuk meneruskan penulisan saya di blog ini .


  1. Buat  kajian di blog yang terkenal,
  2. Menonton video motivasi dari mentor-mentor yang berjaya,contohnya Dr Azizan Osman.
  3. Perbanyakan membaca atikel yang berkaitan 
  4. kongsi apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan,kita di kelilingi oleh pelbagai golongan baik segi umur mahupun kerjaya
  5. Utamakan kepakaran anda dalam setiap posting ,contohnya katakan anda seorang pelukis,anda kongsikan tips yang berkaitan dengan melukis
Gunakan fungsi Auto Schedule untuk menjimatkan masa anda .Untuk Blogspot ada di sediakan Auto Schedule




Selasa, 29 Mac 2016

Setiap orang mempunyai impian



Setiap orang mempunyai impian masing-masing,biasa kita lihat setiap awal tahun,akan terpapar perkataan AZAM TAHUN BARU,IMPIAN TAHUN BARU

Setiap apa yang di impikan bermula dengan sekeci;-kecil tindakan,

Isnin, 28 Mac 2016

Tips Jualan Di Mudah.my secara ringkas

Ramai Jugatidak tahu bagaimana ingin menjual di Mudah.My.Dibawah ini saya kongsikan apa yang di perlukan untuk menjual di Mudah.My

Apa yang di perlukan oleh anda untuk menjual di mudah.my ini?

  1. Email yang aktif(hanya boleh di gunakan 3 kali sahaja untuk 3 produk)
  2. Gambar produk,sebolehnya gambar yang yang di ambil sendiri
  3. Option pilihan penghantaran(Pos) atau pun COD(berjumpa face to face)


Sasarkan iklan tersebut hanya di kawasan dearah yang anda tinggal sahaja,sebagai contoh katakan anda tinggal di besut,anda hanya mensasarkan iklan tersebut di dearah besut sahaja 

Ahad, 27 Mac 2016

CM Security AppLock Antivirus baik untuk handphone anda


Setiap orang pasti mempunyai handphone bukan ?.Perkembangan android menyebabkan banyak app di wujudkan untuk menghalang dari handphone  terkena virus

Pada kali ini saya berkongsi sedikit panduan dalam memilih app  untuk menjaga keselamatan handphone anda dari serangan virus

Sesetengah mereka yang menggunakan handphone tidak menitik beratkan soal keselamatan handphone mereka dari serangan virus.Walaupun menggunakan teknologi android ,soal keselamatan perlu di utamakan untuk menjamin kelancaran handphone yang anda gunakan .

Saya sendiri menggunakan App ini di dalam tablet yang saya gunakan ,setakat hari ini saya cukup berpuas hati.

Saya mensyorkan anda menggunakan :

CM Security Applock Antivirus bertindak dalam berberapa aspek keselamatan seperti berikut :


  • Lock folder 
  • anti virus 
  • Cleaner cookies 
Anda boleh install CM Security AppLock Antivirus yang berada di Google Play secara percuma dengan melihat logo seperti di bawah ini 




Sabtu, 26 Mac 2016

Bagaimana Kuasai Pontesi Diri -Dr Azizan Osman


Ketika semangat saya menurun dalam meneruskan perniagaan yang sedia ada saya memerlukan sesuatu yang boleh membangkitkan kembali semangat .Entah macam mana saya terpanggil untuk menonton siri video Dr Azizan Osman berkaitan dengan Pontesi Diri.

Alang-alang saya menonton,ada baiknya saya berkongsi dengan anda semua .

Selamat menonton 

Jumaat, 25 Mac 2016

4 tempat berpontesi tinggi untuk mendapatkan pelanggan melalui edaran Flyer

Dimana tempat yang perlu kita edarkan flyer perniagaan kita ?Tanpa perancagan yang baik,anda mungkin membazirkan banyak masa anda untuk mendapatkan pelanggan melalui edaran flyer 


1 .Pasar Malam 

Kawasan ini pada kebiasaan mempunyai pengunjung yang ramai ,anda boleh edar samada ada melalui tangan ke tangan atau mengupah orang untuk menyebarkan flyer tersebut 

2 .Kawasan Perumahan Padat 

Masukan sahaja flyer di dalam setiap peti surat 

3 Pasaraya 

Edaran secara tangan ke tangan,anda hanya perlu menunggu di depan pintu masuk pasaraya


4 Parking kereta 

Selit di vaper sebelah memandu ,supaya senang pemandu melihat dan mengambil flyer tersebut
atau boleh juga di selitkan di celah pintu 

Khamis, 24 Mac 2016

Fungsi Flyer terhadap perniagaan kita

Satu keadah promosi yang masih releven sehingga sekarang adalah dengan menggunakan flyer yang memaparkan segala infomasi secara padat mengenai perniagaan yang sedang jalankan.

Langkah untuk mengedar secara betul perlu di ketahui supaya maklumat di sampaikan tepat kepada sasaran

Mengikut pengalaman saya menggunakan flyer ,edaran perlu di lakukan secara kosisten setiap bulan dan jumlahnya adalah 10000 keping sebulan dan bergantung juga kawasan edaran tersebut di buat

Saya menggunakan formula 1:10 di mana setiap edaran akan mendapat 1-10 orang .

Tentu anda tertanya-tanya mengenai kos mencetak flyer tersebut bukan ?

Pada kebiasaannya kos untuk mencetak flyer ini mengikut jumlah yang kita inginkan dan bergatung kepada jenis kertas yang di gunakan.Biasanya kita akan di beri pilihan sebelum proses cetakkan di jalankan

Bagaimana pula dengan Desgn?Upah pakar desgn untuk melakukan proses ini.

Rabu, 23 Mac 2016

Don't worry be Happy


Penat berkerja ,berniaga jom berhibur bersama saya ,lagu dari Mediang Bob Marley Don't worry be Happy
Mengapa saya memilih lagu ini?Biasalah sebagai manusia kadang-kadang memerlukan hiburkan hati yang resah.

Dalam kita berhibur tu jangan lupa maksud lagu tersebut supaya kita faham maksud yang di sampaikan 

Penjagaan kuku Kaki dan Tangan anda Scholl Nail ada Jawapannya

Kerbersihan kuku kaki dan tangan perlu juga di titik beratkan.Scholl Nail memberi anda kesempurna pejagaan kuku supaya sentiasa bersih

Baik lelaki mahu perempuan kebersihan perlu di titik beratkan ,jangan acuh tak acuh sahaja

Kalau dulu inai sebagai penyeri kuku,namun sekarang teknologi sudah canggih 

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik link di bawah


Cheers to getting beautiful nails with little effort. Secrets revealed here.

Selasa, 22 Mac 2016

Cas Bateri Handphone Sehingga Penuh?


Handphone merupakan satu alat yang penting di masa kini,namun penggunaan yang betul hendak di ketahui,supaya kerosakan dapat di kurangkan,terutamanya mereka yang menjalankan urusan-urusan yang melibatkan perhubungan secara langsung

Salah satu bahagian yang perlu di ambil perhatian adalah bateri.Fungsi bateri tersebut sangat penting dalam menghidupkan keseluruhan operasi sistem di dalam sesebuah handphone yang di gunakan

 .Untuk memastikan bateri handphone anda tahan lama ,sila pastikan tempoh masa untuk mengcas kembali bateri di tahap yang sepatutnya iaitu sehingga betul-betul penuh .Namun bergitu masa yang di perlukan untuk mengcas penuh handphone anda bergantung kepada kapasiti bateri tersebut

Kebanyakan model handphone terkini menggunakan kapasiti 3000 mAh-4000 mAh ,jadi masa di perlukan agak lama .

Faktor lain penyebab kerosakan bateri adalah Plug pengcas yang di gunakan samada dari bahan yang tulen  atau pun yang tiruan .

Sekiranya anda menggunakan handphone yang brand,saya menggalakan anda menggunakan pengcas yang tulen untuk mengelakan berlaku kerosakan pada bateri dengan mudah,

Sememangnya handphone merupakan alat perhubung yang sangat penting di masa kini.Bila tiada disisi pasti gelisah jadinya



Isnin, 21 Mac 2016

Catatan Penulis Cinta Senafas Angsa








"Cinta Senafas Angsa" (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2012. 173 hal.) adalah hasil karya Tuah Sujana atau nama sebenarnya Nik Azri Nik Mohamed Arriff kelahiran Terengganu pada 8 November 1991. Beliau menulis cerpen, puisi, dan esei sastera yang pernah mendapat bimbingan daripada beberapa penulis besar seperti SM Zakir, Nisah Haron, dan Zaharah Nawawi. D
alam kumpulan cerpen "Cinta Senafas Angsa", Tuah mencoretkan latar belakang penulisannya.

"Saya bermula dengan sesuatu yang sederhana - mencintai huruf dan baris-baris kata - juga memadukan rasa gembira dan duka ke dalam helai-helai karya. Memang ini bukan satu rahsia, bahkan terlalu kecil adicitanya berbanding teman-teman lain. Landasannya tidak sukar untuk diterka kerana baik penulis mana pun, gelombang awalnya dimulakan dengan halaman-halaman buku yang bakal memaknakan perjalanan seni yang akan datang. Mungkin saya mengakui turut dipengaruhi oleh deretan buku, muzik, dan filem - yang pada detik tertentu - tersangat sukar untuk dinafikan pengaruhnya terhadap kerja-kerja penulisan. Juga saya percaya asasnya ada pada sudut manakah kita memandang kehidupan, sebagai tapak untuk berpijak. Melihat dunia dan permasalahannya sebagai "apa?", "bagaimana?", dan ' "mengapa?" seimbas lalu hanya persoalan yang berlegar singkat tanpa membawa erti apa-apa pun, namun bagi manusia yang resah, itulah lautan falsafah yang harus direnangi. Terakam dalam larik-larik perkataan - sama ada dipendam atau dipadam - tetap menjadi khazanah yang bernilai zaman-berzaman.

Seawal umur 9 tahun, cerpen "Di Perkampungan Jawapan" yang hijau dan mentah telah saya tukangi. Saya lazimnya sangat gelisah di sekolah, bosan untuk mengilangi hal-hal yang rutin, maka saya pun memilih untuk menukilkan ke dalam tulisan - walaupun ketika itu tanpa asas dan latihan. Cerpen ini juga memberi gambaran awal terhadap "world view" saya terhadap dunia kreatif. Kemudian, di awal usia remaja, saya menulis "Alkisah Toyol". Saya berkira-kira untuk menempatkan atau tidak sebuah karya yang kurang bernilai kepada audiens kerana itu merupakan refleksi saya terhadap sesuatu peristiwa. Setidak-tidaknya dalam cara berfikir, "Alkisah Toyol" merupakan cubaan saya untuk memasuki duna pelik-pelik yang ditempeli dengan aliran sastera eksistensialisme.

"Sumpah Bakawali" merupakan cerpen awal yang menunjukkan kecintaan saya terhadap anak bangsa dan tanah air. Sementara cerpen-cepen "Bianglala Gaza", "Cinta Senafas Angsa", "Kalbu Tengkujuh" adalah cerpen-cerpen yang menerapkan nilai keagamaan, falsafah, dan spiritual. Cerpen-cerpan lain "Rindu Salman", "Lensa Cordova", "Sebelum Rintik", "Teja, Di Sisi Prahara", "Jendera antara Purnama" merupakan cerpen yang terhasil daripada riuh-rendah perdebatan dan falsafah. Saya memang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam dunia penulisan dan mahu menekuni karya-karya dengan adil dan saksama."

Membaca karya dibarengi dengan membaca pengakuan penulisnya akan menambah kefahaman kita tentang sastera yang sedang kita baca. Apatah lagi kalau membaca kritikan terhadap karya-karya yang baik. Pengalaman saya membaca novel "Hujan Pagi", A. Samad Said tidak akan lengkap dan memahami tanpa membaca kritikan daripada almarhum Abdullah Tahir. Dengan membaca kritikan, jelas perjalanan cerita semakin tergambar. Memang setiap pembaca tidak mungkin, mempunyai pengalaman dengan pembaca yang lain. Misalnya, Abdullah Tahir mempunyai hubungan dan latar zaman yang sama dengan Pak Samad, sesuai yang terangkum dalam dunia "abracadabra", tidak semua didapati oleh pembaca biasa.

Demikian, apabila saya menurunkan pengakuan Tuah Sujana dalam analisis ini supaya pembaca juga membaca keluhan penulisnya. Ia lebih membantu dan lebih gurih menghayati karya sasteranya. Selamat membaca.

* Dengan izin; daripada halaman Ulasan Buku Kreatif Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Ahad, 20 Mac 2016

Semangat Penulisan tidak akan hilang



Karya Senafas Angsa Tuah Sujana ,diberikan secara percuma kepada saya untuk preview semperna perlancaran buku tersebut,saya sebenarnya tak berapa mengerti sangat istilah sastera ni ,maklumlah bukan bidang saya sebenarnya.Apabila melihat posting pada tahun 2011 yang lepas,saya terpanggil untuk menulis sedikit perkembangan terbaru Tuah Sujana.

Tak banyak sangat yang saya tahu sekarang,terutamanya berkaitan dengan karya sastera beliau,tambahan pula sekarang beliau sekarang  bertugas sebagai sorang guru di serawak
Baiklah saya mengambil petikan kata-kata Tuah Sujana yang di tulis wall facebook beliau


Menjejak Hannan Imani di Umaral, selepas usai di Cocos. Umaral yang dilupakan. Terus mengkaji salasilah sebuah bangsa dan jalinan misterinya.
"Dari dasar segala cinta; carilah generasimu, sayang. Kau akan belajar untuk hidup, tahu usul dan latar. Menjejak rajuk datukmu, moyangmu, piutmu. Di situ, kau akan mengenal jati, arah sebenar bagi perjalanan abadi. Lihatlah lembayung senja tempat benihmu mula-mula berada – pulau yang terpencil, jauh di sudut zaman." -- Hannan Imani (2013).


P/s:Kepada peminat Tuah Sujana taip ajer,Tuah Sujana di kotak cari di Facebook pasti jumpa

Sabtu, 19 Mac 2016

Fenomena Instagram Melanda Peniaga Di Malaysia


Fenomena Instgram Melanda Peniaga Di Malaysia ?Semasa di awal kemunculan Instagram ,saya pernah cuma mendaftar,tak silap saya penghujung tahun 2015 ,maaf kalau saya tersilap tahun kemunculan Instagram ,maklumlah tak ambil port sangat.Dengan Ilmu yang takder langsung pasal Instagram saya cuba daftar ,hantar 3 keping sahaja gambar ,lepas tu stop terus sebab langsung tak paham pasal Instagram .Selepas itu saya terus menyepi dari Instagram

Entah macam mana pada awal bulan march 2016 ,saya kembali aktif menggunakan Instagram .Sebelum itu saya ada terbaca berberapa otai IM menceritakan secara asas bagaimana melakukan jualan produk di dalam Instagram ,wah satu medium pemasaran yang baru dan sebagai peniaga tidak boleh padang sebelah mata medium pemasaran baru ini

Saya menjangkakan Instgram akan menjadi pilihan medium pemasaran yang utama selepas Facebook Ads ,ini kerana trend pengguna Instagram sentiasa menaik(jangkaan saya sahaja).

Artis pun dah ramai guna,dan mereka juga membuka ruang untuk perniaga menyewa ruang Instagram mereka .

Kepantasan teknologi seiring dengan pengedaran masa .

Jumaat, 18 Mac 2016

Keadaan Equinox pada 20.03.2016 ini Pesanan yang berguna dari sahabat kita




Saya menerima whatapps dari salah seorang ahli group Warganiaga.net yang menasihatkan agar supaya tinggal di dalam rumah terutamanya dari 12:00 -03:00 Pm setiap hari

Suhu akan turun naik hingga 40 Darjah Celsius .Ini boleh menyebabkan penyahhidratan dan strok matahari (Ps:fenomena ini adalah di sebabkan oleh matahari terletak secara langsung di atas Garis Khatulistiwa )

Sila Pastikan semua orang termasuk diri anda terhidrat .Setiap orang perlu mengambil kira-kira 3 liter air setiap hari .

Pantau tekanan darah semua orang sekerap yang mungkin .Ramai yang mugkin mendapat Strok haba .Mandi dengan air sejuk sebagai sekerap yang mungkin .Kurangkan pengambilan daging dan lebihkan buah-buahan &sayur-sayuran

Strok haba adalah sangat berbahaya .Letakan lilin yang tidak di gunakan di luar kawasan rumah atau kawasan terdedah .Jika lilin boleh cair ,ianya betul-betul di tahap bahaya.

Sentiasa letakkan baldi atau 2 air separuh penuh di ruang tamu dan di setiap bilik untuk mengekalkan suhu kelembapan

Strok haba tidak mempunyai gelaja petunjuk,di sebabkan itu ianya sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kegagalan organ .Sentiasa periksa kadar lembapan bibir dan mata anda


P/s:Sebagai seorang yang beragama Islam ,jangan lupa juga berdoa kepada ALLAH supaya keadaan pulih seperti biasa 

Bina List Pelanggan melalui Group Whatapps

Perkembangan sekarang setiap perniaga mahu individu biasa tidak terlepas dengan Aplikasi Whatapps.Untuk perniaga Whatapps adalah satu kemestian untuk berhubung terus dengan Pelanggan yang sedia ada atau bakal pelanggan

Adakalanya mencecah ratusan Whatapps yang terpaksa di layan dalam satu masa oleh kita sebagai perniaga ,betul tak?Baiklah disini saya akan menerangkan serba ringkas berkaitan dengan cara membuat grouping di Whatapps

Pertama sekali kita kena tahu ,Pelanggan kita yang ada itu dalam ketegori yang mana ,sebagai contoh katakan pelanggan kita itu membeli Produk Kecantikan .Jadi buat satu group di Whatapps dengan menamankan group tersebut berdasarkan Produk yang anda jual tadi.Mudah bukan?

Tujuan utama group whatapps ini di buat adalah untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan dengan produk yang di jual dengan mudah  dan yang paling penting sekali info tadi dapat di baca oleh kesemua ahli group serentak


Group whatapps juga sebagai list pelanggan dimana,siri jualan ulangan juga boleh di lakukan di dalam group,cuma kena pastikan etika perlu di jaga setiap masa dan ketika


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...