Khamis, 28 April 2016

Smart Viral Oleh Teliport Dot Net bakal di lancarkan pada 1/5/2016??






Portal Smart Viral merupakan sebuah koding canggih yang telah dikembangkan dengan professional sehingga menjadi sebuah aplikasi Automatik yang mampu membuat sebaran secara viral /iklan/text/gambar/video anda secara terus menerus tanpa anda log-in ke akaun facebook, kerana script ini bekerja dari server yang selalu uptime. Berbeza dengan tools-tools atau software yang tersebar di internet yang hanya bekerja pada laptop/komputer  yang mana akan menggangu kerja dan membazirkan bandwidth internet (kuota) anda.

Dizaman serba moden segala perkara hendaklah di lakukan  secara cepat dan pantas, Tidak mahu ketinggalan dengan perkembangan global, Teliport Dot Net  memwujudkan kepada  anda sebuah Portal Smart Viral, berfungsi sebagai satu sistem sebaran kesemua rangkaian media social seperti facebook, twitter, instagram, dll. Dengan hanya satu post sahaja.

Bayangkan jika facebook anda sudah join 500 group 1 group purata mempunya 10,000 ahli, maka anda sudah mempromosikan iklan kepada 500,000 ahli dengan sekali klik sahaja. Dengan kata lain bukan sekali sahaja posting akan dilakukan, tetapi portal viral akan selalu berjalan non stop  mengikut ketetapan yang anda buat, bayangkan jika sehari anda set untuk 10 pusingan maka
500,000 posting x 10 pusingan sehari = 5,000,000
Belum dikira semingu sebulan dll.. wowww!!!
Bagaimana anda ingin memiliki sistem ini,nantikan update seterusnya dari Faizulshop dot net

Ahad, 24 April 2016

Iklan yang menyentuh hati





Umun sedia tahu bahawa iklan memainkan peranan yang peting untuk memberi tarikan kepada pembeli.Namun di Thailand iklan yang di pertontonkan mempunyai nilai moral yang tinggi

Anak kecil sudah pandai menjaga ibunya dan di nukilankan di sekeping kertas ,saksikan video ini yang di ambil di youtube 

Sabtu, 16 April 2016

Untuk mu Ibu.....







Setitik air susu yang masuk ke mulut Besar hajat ibu nak tengok ku hidup Air susu ibu nilai tadok(tiada) hargo Walau pitih(wang) beribu dengan duit berjuta Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua Dahi kecut seribu uban putih penuh kepala Tapi aku tahu ibu banyak jasa Air tangan ibu seribu bau seribu rasa Oh ibu .. Oh ibu.. Terima kasih ibu.. Sejak kecik hingga aku dewasa Nyamuk sekor tak wi ketik(gigit) duduk jaga Makan minum kain baju tak wi(bagi) kurang Didik aku dengan penuh kasih sayang



Bila besar baru aku kenal diri Tadok nilai jasa ibu tabur budi Tangan paha kaki sanggup jadi jamban(tandas) Rela susah diri pelihara aku sorang Ibu yang dah tua dok perati(perhati) anak-anak Hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok Anak yang berjaya ditaruh harapan Bekal hari tua tempat dia nak menumpang Oh ibu.. oh ibu.. jasa mu ku kenang.. Selama ini ibu juga jadi hamba Hari ini ku nak balas segala jasa Sakit demam makan minum ku jaga Nak wi(memberi) senang hidup mu di masa tua Jasa baik budi ibu ku tak lupa Walau setitik air susu mu ku rasa Nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan Letih penat badan mu tak royat(bagitahu) ke orang Ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun Segala salah aku banyak sangat kalu hitung Hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung Budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung Pada anak-anak hok masih ada ibu Tulunglah pakat tengok walau sekali, sekali seminggu Harta dia tak nak harap kasih anak cucu Tengok mata anak terubatlah segala rindu oh ibu.. oh ibu.. ku sayang pada mu oh ibu.. halal lah makan dan minum ku oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu .. Karya : Cikgu Sulizi – Untukmu Ibu

Selasa, 12 April 2016

Kenangan model Nokia 1110.

Siapa yang pernah menggunakan nokia 1110?Masih ingatkah anda ,game snake yang ada di dalamnya ?.Bagi yang tak tahu ini lah salah satu  model hot  ketika android masih belum popular  sekitar tahun 2009 .

Nokia model 1110 di hasilkan untuk memenuhi kehendak golongan yang mempunyai bujet yang rendah

Harga yang di tawarkan di sekitar rm 85-100 mampu di miliki oleh sesiapa sahaja.Menggunakan voltan 7.5 dan cukup mudah di kendalikan .Langit tidak selalunya cerah,akhirnya model ini lenyap di telan masa

Bagi saya cukup selesa untuk di bawa kemana dan yang paling penting bersaiz kecil.

Sehingga sekarang saya masih memilikinya dan berfungsi dengan baik,nokia classic 1110.


Isnin, 11 April 2016

Betulkah Dr zakir naik memalukan Pelajar Malaysia ?







Video di atas saya ambil dari Youtube ,bagi soalan yang saya tanya sejak kemarin betulkah Dr Zakir Naik memalukan Pelajar Malaysia ?Bagi saya cara yang di jawab oleh Dr Zakir Naik sungguh berhemah

Di nyatakan secara detail oleh Dr Zakir Naik kepada pelajar yang bertanya tersebut,tiada isu di malukan pun.

Cuma tajuk agak sensasi sikit 

Sabtu, 9 April 2016

Black Or White

Lagu ini menyampaikan maksud yang sangat mendalam ,sebenarnya kita sesama manusia walaupun berlainan budaya harus saling menghormat-menghormati satu sama lain.

Saya sebenarnya tidak minat sangat MJ ini,bila faham akan maksud setiap lagunya ,baru saya faham,mengapa MJ di terima di seluruh dunia,

Irama pun boleh di katakan relax jugaklah,namun apakan daya MJ sudah tiada untuk memperjuangankan keamanan sejagat






Khamis, 7 April 2016

Wordpress VS Blogspot


Pada Kali ini saya ingin membuat perbandingan di antara wordpress dan blogspot.Saya sendiri sudah menguji keduanya sekali dan alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ada pada saya mengenai keduanya ini saya kongsikan untuk tatapan para pembaca,semoga dapat membantu.

sebenarnya mungkin ramai yang masih belum tahu wordpress dan blospot mengalami perubahan demi perubahan yang amat ketara sekali.

Dari segi Code script ,wordpress lebih canggih dari blogspot .Selama saya menggunakan wordpress ,untuk setting template wordpress lebih kepada code script asas yang perlu di ketahui.

Saya mengambil satu contoh function yang ada pada wordpress iaitu  inside shortcode ,dimana ianya berfungsi sebagai nilai tambah untuk posting anda dimana ianya  boleh di tetapkan secara manual ,dan yang paling best anda boleh menentukan bagaimana perkataan di posting anda itu bergerak seperti flash,fadein,fadeout dan sebagainya 

Berbeza dengan blogspot ,blogspot bagi saya satu medium blog yang ringkas dan tidak memerlukan banyank code ,namun asas juga perlu di ketahui terutamanya fungsi schedule yang tepat mengikut masa yang sudah di tetapkan ,apabila membuat setting secara manual .Namun blogspot sedikit berat jika hendak di bandingkan dengan wordpress 

Kesimpulan untuk kekemasan blog bergantung pengguna itu sendiri 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...