KEAJAIBAN AURA

KEAJAIBAN AURA

Aura itu adalah keajaiban kejadian manusia. Untuk kupas isu ini mungkin kita bolehlah memberi sedikit pendedahan yang bersifat akaliah & islam. Ini kerana kata AJAIB mungkin akan disalah tafsirkan oleh minda umum kepada mitos, mistik, magis, keramat atau sebagainya. Untuk itu.. keajaiban ini kita kupas dari sudut kejadian akaliah (secara tidak langsung menjelaskan kaitan topik kaitan aura, akal dan kuasa minda, LOA, positive thinking dan lain-lain).
Latarbelakang dan kecenderungan saya dalam ilmu aura telah menemukan saya kepada beberapa fakta. Ada yg jelas dan ada yang simbolik. Untuk saya faham dan terima mungkin MUDAH, namun untuk membuat org lain faham.. itulah cabarannya.
Ini adalah pandangan peribadi saya. Pendapat ini mungkin berbeza kepada ‘ahli’ yang berbeza. Janganlah pula ia disalah tafsirkan semata-mata perbezaan pendapat. Artikel ini ditulis semata-mata mahu memakmurkan ilmu ini serta membuahkan pandangan. Bukan membuat fatwa atau seumpamanya. Ramai orang menemui PERSOALAN akan kaitan ILMU AURA dengan agama (terutamanya iIslam). Tak kurang juga yang buntu untuk merungkaikan hubungan aura dengan manusia; dimana ia pada diri sang insan?. Banyak informasi yang boleh dibaca namun latarbelakang penulisannya hanya dari sudut yang bukan Islam. Lalu, persepsi terhadap ilmu aura menjadi serong atau salah hanya semata-mata ianya amat kurang dibicarakan oleh ilmuan Islam.
Pada pandangan saya adapun aura itu adalah ‘sebuah tenaga hidup’. Dari sudut pandangan Islam; sumber utama tenaga manusia hadir dari ROH. Kata ROH bersifat RAHSIA. Rahsia roh ini dipertegas oleh Allah dalam surat Al Isra’ :85
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit .”
Seperti apa yang sebutkan di atas saya tidak berani menafsirkan apakah Roh itu, apalagi hendak menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap mengikuti arti lafaz asalnya iaitu ‘Ruuhii’ (Roh-Ku) kerana di sana disebutkan juga kita tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya sedikit sekali.
Dalam surah Al Mu’minuun ayat 12 hingga 16 menceritakan perkembangan kejadian manusia dan kehidupannya di akhirat. Asal kejadian manusia dari tanah, saripati air mani pada rahim, seterusnya menjadi segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu tulang hinggalah pada firmannya yang bermaksud:
“Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” – petikan ayat 14.
Pada ayat yang ke 17 pula Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami)”.
Dalam tafsiran ayat ini, kitab tafsir menyentuh maksud ‘tujuh buah jalan’ sebagai kejadian langit yang 7 lapis kerana ayat yang seterusnya iaitu pada ayat 18 menyatakan tentang ‘air dari langit’. Kita sedia maklum, 1400 tahun lalu fakta tentang langit yang tujuh masih belum terbongkar oleh sains apatah lagi fakta tentang lapisan aura yang berada disekitar tubuh manusia yang mana sains kini mendapati ianya mempunyai 7 lapisan. Maka, apakah kata “di atas kamu tujuh buah jalan” tersebut merujuk kepada lapisan nasma aura manusia? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Pada Surah Al Hijr ayat 29 :
“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh (cipataan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (QS 15:28-29).
Ayat Al-Quran diatas mengesahkan secara ringkas dan padat hubungan mistik antara Allah dan manusia ciptaanNya. DIA menjadikan manusia dari beberapa elemen, seterusnya menghembuskan nyawa (ruh) ke dalamnya. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan arab ‘nafas’ bagi merujuk kepada ‘meniupkan’, dan perkataan arab ‘Ruuhi’ merujuk kepada ciptaan/nyawaNya. Perkataan-perkataan ini juga kita gunakan sebagai merujuk kepada penafasan manusia (nafas) dan nyawa manusia (ruh). Dan nyawa atau ruh ini merupakan asas energi yang menjanakan aktiviti fizikal, minda dan emosi manusia.
Sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellektual dan jiwa merupakan instrumen roh itu sendiri.
Seterusnya kata An Nafs bermaksud yang memiliki bentuk atau wujud atau sosok yang tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam ataupun dari materi yang sama dengan Malaikat mahupun Jin.
Secara ilmiah, An Nafs mempunyai beberapa makna : An nafs dalam erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk . Kedua, An Nafs bererti : Jiwa. Jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu’ (senantiasa menyuruh berbuat jahat).
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu’ (QS. Yusuf:53)
Manakala HATI atau KALBU atau Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu’. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! Dan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) – illa man atallaha biqalbin saliim – kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)
Imam Al Ghazali di dalam buku-buku falsafahnya ia mengatakan bahawa manusia mempunyai identiti esensial yang tetap, tidak berubah-ubah iaitu an nafs (jiwanya). Yang dimaksud an nafs adalah substans yang berdiri sendiri, tidak bertempat dan merupakan tempat pengetahuan intelektual (al makulat) yang berasal dari alam malakut atau alam amr. Ini menunjukkan esensi manusia bukan pada fiziknya dan bukan pada fungsi fizik. Sebab fizik adalah sesuatu yang mempunyai tempat. Dan fungsi fizik adalah sesuatu yang tidak berdiri sendiri dan hanya bergantung kepada fizik. Alam al amr atau alam malakut adalah realiti di luar jangkauan pancaindera dan imajinasi, tanpa tempat, arah dan ruang. Ia berlawanan dengan sifat alam al khalq atau alam mulk iaitu dunia tubuh nyata. Dengan demikian an nafs adalah substansi immaterial yang berdiri sendiri dan merupakan subjek yang mengetahui (Bashirah).
Untuk membuktikan adanya substansi immaterial yang disebut an nafs, Al Ghazali mengemukakan beberapa argumen. Persoalan kenabian, ganjaran perbuatan manusia dan seluruh berita tentang akhirat tidak ada ertinya sekiranya an nafs tidak ada. Ini disebabkan kerana seluruh ajaran agama hanya ditujukan kepada yang ada (al maujud) agar dapat memahaminya. Yang mempunyai kemampuan bukanlah fizik manusia sebab apabila fizik manusia mempunyai kemampuan memahami, objek-objek fizik yang lain juga tentulah mempunyai kemampuan untuk memahami.
Selain itu Al Ghazali juga mengemukakan pembuktian dengan kenyataan fakta sejajar dengan kenyataan yang dibuat oleh Ibnu Sina (wafat 1037 M) untuk tujuan yang sama. Al Ghazali memperlihatkan, bahwa diantara makhluk-makhluk hidup terdapat perbezaan-perbezaan yang menunjukkan tingkat kemampuan masing-masing. Keistimewaan makhluk hidup dari benda mati adalah sifat geraknya. Benda mati mempunyai gerak monoton dan didasari oleh prinsip alam. Sedangkan tumbuhan adalah makhluk hidup yang paling rendah tingkatannya, selain mempunyai gerak yang monoton, juga mempunyai kemampuan bergerak secara bervariasi. Prinsip tersebut disebut jiwa vegetatif. Manakala Haiwan pila mempunyai prinsip yang lebih tinggi daripada tumbuh-tumbuhan, iaitu haiwan selain mampu bergerak bervariasi, ia juga mempunyai rasa. Prinsip ini disebut jiwa sensitif. Manusia selain mempunyai kelebihan dari haiwan, juga mempunyai semua yang dimiliki jenis-jenis makhluk tersebut, disamping mampu berpikir dan mempunyai pilihan untuk berbuat atau untuk tidak berbuat. Ini bererti manusia mempunyai prinsip yang memungkinkan berpikir dan memilih. Prinsip ini disebut an nafs al insaniyyat. Prinsip inilah yang betul-betul membedakan manusia dari segala makhluk lainnya.

berbagai sumber


Rawatan Diri dengan Aura dan Zikir
1.70% punca penyakit disebabkan masalah psikologi. Oleh sebab itu para doktor atau perawat tradisional akan memulihkan kekuatan jiwa pesakit dengan pelbagai kaedah. Menerus kaedah psikologi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri pesakit. Dengan pemulihan kekuatan jiwa pesakit, rawatan akan cepat memberi kesan untuk proses penyembuhan. Sebenarnya 70% proses penyembuhan itu datang dari pesakit sendiri dan hanya 30% rawatan dari perawat atau ubat-ubatan.

2. Kelemahan jiwa atau mental akan menyebabkan pesakit mudah kecewa atau tiada semangat juang. Dengan sebab itu ia tiada kekuatan melawan penyakitnya sendiri. Malah amat merbahaya jika dia mengatakan "penyakit yang ada padanya tidak boleh sembuh!" Dia menjadi lemah dengan pendapatnya sendiri dan rawatan akan menjadi lambat untuk sembuh.

3. Gangguan makhluk halus amat mudah menyerang mereka yang lemah jiwanya. Dengan kata lain orang yang lemah jiwanya memiliki tenaga yang rendah dan menyamai frekuensi (gelombang) jin dan syaitan. Bila frekuensinya sama maka mudah lah mendapat gangguan makhluk halus ini. Lantas membisikkan kejahatan dan menggangu emosi serta mental hingga menjadi histeria dan kerasukan seperti firman Allah: قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦) "Katakan: Aku berlindung kepada Tuhan Manusia yang menguasai manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh manusia dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi dan membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari jin dan manusia" (An-Nas 1-6 )

4. Kajian seorang ahli psikologi menunjukkan bahawa menyebut kalimah "Allah" di dalam hati dapat menyembuhkan penyakit stress. Ini kerana pada setiap huruf kalimah itu mengandungi getaran tenaga di mana frekuensinya mampu melegakan sistem pernafasan dan menstabilkan nadi.

5. Untuk menghancurkan tenaga yang frekuensi lemah atau gelombang getaran jin dan syaitan, perawat biasanya memasukkan doa dan zikir tertentu pada pesakit yang disalur secara langsung atau dipindahkan melalui air yang diberi minum pada pesakit.

6. Perawat biasanya akan membantu dengan menolong mempercepatkan pembinaan tenaga zikir dan doa di dalam badan pesakit. Doa dan ayat-ayat Al-Quran akan menguatkan tauhid, kepercayaan, keyakinan kepada Allah dan kebenaran yang hak lantas menguatkan jiwa pesakit yang mempercepatkan proses penyembuhan kepada pesakit.wallahuallam

as shifa

Ulasan