Khamis, 6 Jun 2013

Majoriti Penghuni Syurga dan neraka

H.R Bukhari Muslim  
Daripada Ibnu Abbas dan Imran Bin Hushain radhiallahu anhum daripada Nabi Saw.sabdanya :"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan orang-orang yang faqir .Dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan  

Keterangan:

Di malam Isra Mi'raj telah diperlihatkan kepada Nabi saw banyak perkara-perkara yang ghaib,termasuk di antaranya keadaan di Syurga dan keadaan di Neraka .Maka apabila Nabi saw.masuk ke dalam Syurga ,beliau melihat kebanyakan  penghuni syurga adalah daripada kalangan orang faqir.Ini disebabkan  sewaktu mereka berada di dunia  dahulu banyak berpeluang untuk memperbanyakkan amal ibadat.Lainlah halnya dengan orang kaya yang banyak disibukkan dengan menghimpunkan harta dan disibukkan pula dengan menjaga harta yang ada .Mereka menghabiskan masa untuk mengejar dunia yang diangan-angankan,sehingga mereka di kejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat.Mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan

Dan Apabila Nabi saw.melawat ke dalam neraka maka beliau melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan perempuan.Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami.Mereka tidak berterima kasih atas pemberian suami dan tidak mengjaga diri di saat suami tidak ada di rumah,tidak menutup aurat daripada orang yang bukan mahram dan ramai pula di kalangan mereka yang keluar dari rumahnya dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan,memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi dicium oleh orang  yang bukan mahramnya.Sedangkan ia menghadapi suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang berbau busuk.Inilah di antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan perempuan yang akan masuk Neraka.Maka peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...