Alhamdulillaah… masih ada kejujuran di sini

Alhamdulillaah… masih ada kejujuran di sini

Biasa saja bagi sesiapa yang buka apa-apa saja jenis perniagaan, mereka akan bertemu dengan pelanggan yang tak cukup duit untuk bayar. Tak terkecuali saya. Hampir setiap hari ada pelanggan yang tak cukup duit atau langsung tak berduit. Mungkin kerana mereka tahu saya ni baik. He… hee.. heee..

Ada yang bila siap rawatan, barulah bagi tahu sebenarnya dia tak ada duit. Bila kita tanya, kenapa tak beritahu awal-awal, mereka jawab, “Takut doktor tak mahu buat rawatan bila tahu saya tak dok pitih.”

Ada juga yang kita tengok pakai gelang emas sekerat lengan, tapi mengaku tak cukup duit untuk bayar. Ada yang minta izin untuk ke bank sekejap, nak ambil duit, akhirnya lesap terus.

Semuanya saya hadapi karenah ini dengan lapang dada dan sangka baik walaupun kita tahu ada orang yang suka ambil kesempatan.


Bagi yang tak cukup duit, selalunya reaksi saya… “Dok apalah, nanti mari bayar lain kali bila dah ada duit.” Ada yang datang kembali menjelaskan hutang, dan ada yang terus senyap. Tak adalah sampai saya nak pegang IC sebagai jaminan atau telefon pesakit yang masih berhutang berkali-kali. Kalau mereka datang balik, saya anggap itu rezeki. Kalau sebaliknya, kira sedekahlah.

Petang ini, datang seorang pesakit saya yang menerima rawatan kira-kira enam tahun lepas. Saya pun dah tak ingat rawatan apa. Dia mengaku masih ada bayaran rawatan enam tahun lalu yang belum dijelaskan. Saya jawab, “ambo pun tak ingat doh! Ikutlah berapa hok abang ingat, bayar hok tu sajalah..” lalu dia membayar sejumlah wang mengikut jumlah hutang yang dia ingat. Sebenarnya saya nak bagi balik semula wang itu sebagai hadiah atas kejujuran dia, tapi dia tak mahu terima.

Kira rezeki sayalah…

Ulasan