Bila Datang ke Terengganu sila dapatkan makan ini.

Makanan adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk memberi tenaga kepada tubuh badan sesorang untuk menjalankan aktiviti seharian .Tanpa makanan yang berkahsiat,tubuh badan boleh menjadi lesu. walaupun di mana  berada apabila berkunjungi ke sesebuah negeri,perkara yang paling utama kebanyakan orang kita selain bercuti adalah merasa makanan negeri yang terdapat di negeri tersebut

Namun lain pula ceritanya segenap lapisan masyarakat apabila berkungjung  ke negeri Terengganu Darul Iman , pasti merasa keropok lekor Losong yang terkenal di negeri itu .Keropok Lekor losong  boleh di jadikan snek hidangan yang sungguh enak dan mengenyangkan,terdapat berberapa jenis keropok yang boleh di nikmati samaada dengan kadar segera mahu bergoreng

Keropok Lekor Rebus 

Bentuk Keropok ini seakan tali kapal ,dimana keropok ini di uli di atas papan penguli dan di masukan kedalam air rebusan yang sudah tersedia

Keropok ini boleh di nikmati dengan kadar segera ,boleh di goreng ,untuk menikmati rasa ikan seeloknya keropok ini di makan bergitu sahaja.

Pastikan ,apabila membeli sos di sediakan .Rebus boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam makanan




Keropok Keping

Untuk menghasilkan keropok keping ,keadaan cuaca memainkan peranan yang penting untuk memastikan keropok ini berjaya di keringkan .Keropok ini tidak boleh di makan bergitu sahaja,ianya perlu di goreng terlebih dahulu

Bahan yang di gunakan sama sahaja dengan menghasilkan keropok rebus ,namun apabila di goreng ,keropok keping ini akan kembang seperti bunga

Terdapat jugak Keropok keping berasaskan Udang ,namun yang paling terkenal sekali di Terengganu ialah keropok rebus dan keropok keping di perbuat dari isi ikan





Harga

Harga pula bergantung kepada berat ,setiap kilogram untuk keropok rebus,manakala untuk keropok keping di kira setiap bungkusan .Boleh pilih samada memesan keropok lekor rebus mahu keropok keping atau di campur-campur keduanya sekali

Sesiapa yang pernah mengunjungi Negeri Terengganu  ,tentu  sekali tidak melupakan salah satu produk makanan yang terdapat di negeri ini dan pasti stock di bawa pulang ke rumah sehingga penuh kereta 

Ulasan