Infomasi-Pengkongsian-Pengiraan-travel dan sebagainya

Jumaat, 7 Oktober 2011

Berbudi Pada Tanah




Orang tua2 kata tak rugi berbudi pada tanah. Cerita pasal berbudi pada tanah ni memang terpahat rapi dalam setiap memori orang-orang tua terutama yang duk kat kampung-kampung. Mak bapak, datuk nenek dan moyang kita dulu lah. Sekarang ni kita je yang mungkin duk kat bandar macam KL, Penang, JB, Putrajaya hatta Ipoh sekali pun, jauh dari kampung laman. Duduk kat bandar besar macam ni memang susah nampak tanah. Keluar pagi, balik malam. Jalan pun atas pavement konkrit atau pun tiles yang sinar banar! Mana nak nampak tanah! So, macamana nak berbudi pada tanah!!

TJ sebenarnya nak mengingatkan kembali senario zaman TJ kecil2 dulu (mungkin dalam belasan tahun). Walaupun bapak TJ ni sorang guru sekolah, beliau memang rajin bertanam di sekeliling rumah. Batas2 sayur-sayuran pendek kata dapat dilihat berada disekeliling rumah.

Bukannya ada kebun yang besar, namun boleh dikatakan setiap jenis sayur2 asas tu ada ditanam. Antara jenis sayur2 yang ditanam beliau adalah seperti keledek, sawi, kacang panjang, petola, lobak dan of course tanaman tak asing lagi kat kampung, ubi kayu. Bukannya banyak, cuma sebatas dua. Yang lain2 tu seperti lada, terung dan kacang bendi memang tidak putus hasilnya.

Kat rumah TJ pula, pokok2 dan sayur asas yang TJ ada melata ialah serai, kunyit, halia, lengkuas dan lada. Kalau buah2an, orang tua zaman dulu memang pastikan mereka ada kebun rambutan, durian, mempelam, duku langsat dsb. Tapi kalau yang sekitar rumah tu adalah sepohon dua betik, mempelam, kelapa, pauh ringan (vocab org kelantan) dan pisang.

Sebab tu lah TJ juga ada tanam serba sedikit sayur asas seperti sawi, terung, kangkung dan lada di kawasan rumah TJ sekarang. Hatta pegaga dan daun cekur manis pun ada!
Beberapa batas keledek yg ditanam di kawasan rumah TJ

Laman bukannya luas sangat, dapatlah digunakan segera bila diperlukan. Kalau lihat kat sekitar rumah TJ sekarang, yang tinggal hanya pohon betik (dulunya ada 2 pohon – 1 pohon boleh hasilkan hampir 70 biji buah betik), lebih kurang 8-10 perdu pokok pisang, 1 pokok kelapa rendah di hadapan rumah, 1 pokok mata kucing pingpong (baru 2 kali boleh makan hasilnya- sekarang ni sedang berbunga), mempelam epal, pauh ringan (lagi2 pokok ni..) dan pokok sawa nila (baru dpt makan sekali je – alaaah cikulah dalam BM). Yang paling mendatangkan hasil adalah pisang dan betik. Dapatlah keluarga TJ makan dan boleh jugak bagi kat kaum keluarga terdekat dan juga jiran2. Tak payah nak beli2 kat pasar.


Yang tak mendatangkan hasil tapi bolehlah mencantikkan kawasan rumah TJ adalah seperti pokok pinang hiasan (2 jenis) dan bunga2an yang taklah secantik mana. Sekadar memenuhi pasu dilaman rumah. Pengakhir bicara, TJ memang cadangkan kepada semua agar berbudilah pada tanah, walau pun tanah itu seluas sekangkang kera pun. Tidak rugi berbudi kepada tanah! Biar sedikit, tetapi ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Perniagaan (8) Kemunculan semula Tuah Sujana Penulis muda berbakat (3) android (3) Lawatan ke kolam ikan siakap (satu projek satu misi) (2) Panduan Penggunaan Handphone (2) Tip health by eating green salads (2) Tips mencari atikel berkaitan dengan Assgemnt anda .... (2) Tuah Sujana (2) flyer (2) 22 tanda hari kiamat semakin hampir (1) 31/03/2011 Berada di Kota Bharu (1) Adik oh Adik...... (1) Alasan Kenapa Suka memasak (1) Apa yang best sangat dengan Angry Birds? (1) Azam baru (1) Bacalah sampai habis... (1) Bahagilah masa kita sebaiknya (1) Bakat melalui YB (1) Baru Nak buat lesen Memandu Nakal betul.... (1) Berbudi Pada Tanah (TJ) (1) Berhibur (1) Bertanya Khabar..hello (1) Bob Marley (1) Buat catatan supaya tidak lupa (1) COK =Cangkul (1) Cabaran menyimpan RM10 sehari... (1) Cerita Pasal Kahwin bujet tak cukup (1) Cucuk duit Vs Simpan duit (1) Demi masa (1) Dompet (1) Dr Azizan Osman (1) Dua masalah berlaku serentak (1) Fenomena Instagram (1) Hari Perkerja (1) Hati mahu kering part 1 (1) Hati mahu kering part 2 (1) Himpunan hadis (1) I (1) Info ringkas (1) KWSP (1) Kaum-kaum yang pupus???? (1) Kebaikan jalan sehala dan keburukanya di mata saya (1) Kemalangan (1) Kenapa jadi begini? (1) Kenapa suka ikut Ambulans (1) Kisah cinta melalui.....bahagian 1 (1) Kisah saya dan ebay (1) Komik Niaga siri 1 (1) Lagu (1) Luahkan segalanya (1) Lukisan Kartun guna Paint (1) MJ (1) MajalahNiaga (1) Makan tengah malam (1) Makanan Negeri (1) Mobile (1) Mulakan Hari ini dengn semangat Baru (1) Nasihat (1) No Hp anda di paparkan di Facebook? (1) Pandangan Saya tentang Kematian Osama.. (1) Pengantin Baru (1) Penjimatan (1) Pesta makan Ikan Siakap (1) Rahsia Perompak sudah di dedahkan...? (1) Review (1) Rindu Muhammadku (1) Salam Adilfitri (1) Sedarlah (1) Sensasi (1) She (1) Siapa Idola kamu (1) Siapa kakulator (1) Smart Viral (1) Suka dengan GomoFm (1) Super MOON (1) Tak Ambil kisah (1) Terima kasih Bos (1) They ... pain .. (1) Tinggal kenangan Al Fatehah (1) Tips ringkas shopping online market luar (1) Usia saya semakin hari semakin tua...amal ibadah kurang (1) VLD (1) berhati-hati (1) berita panas (1) blogspot (1) bolehkah? (1) cerita panas (1) fenomena El Nino (1) handbag kepentingan kepada Lelaki dan wanita (1) handphone (1) hello (1) hilang (1) hot (1) idea menulis (1) impian (1) info panas (1) jawatan kosong (1) kenali Sos Bilis(budu) atau pati ikan bilis (1) kenangan (1) kisah Kertas Double A (1) kisah silam (1) komik niaga bersama MatBiz (1) medium baru (1) menanbung (1) motivasi (1) penulis (1) rancangan lah untuk esok (1) rasa (1) selepas azam lama tidak tercapai (1) smartphone (1) super duper bz (1) syukur pada ALLAH... (1) urus kewangan (1) wordpress (1) zaman kecik kakulator (1)