Tips memacing siakap









Siakap ni kena pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai, seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.

Mancing siakap kalau ikut stail saudara yang taknak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.

Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama. 

Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu. Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.

Cara ikat (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut/umpan. 

Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air - senang dia serang hendap dari bawah. 



kalau nak casting atau trolling di muara...waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula2 nak pasang...waktu ni senang sikit nak perdaya depa sebab depa duk di kawasan yg ada struktur...umpamanya...batu2, kayu2, tiang2 jambatan, tongkang pecah dsb...menunggu ambush anak2 ikan...so, Bro pergi casting di kawasan2 strategik macam ni lah...kalau air pasang, depa agaknya masuk dlm bakau ikut anak2 ikan yang masuk ke dlm bakau utk cari makan...so, susah sikit nak casting.... 

Wild siakap on lure saya pernah dapat sekali masa jigging 5gm halco jig masa tengah carik Tarpon. Mula-mula memang dapat banyak tarpon saiz power even pada shimano 2500 (reel ultralight time nie rosak pulak); reel asyik menjerit.




















Ulasan

Catat Ulasan