Coklat Cadbury ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengah hari.....

Terkejut besar saya bila baca post di whatapps,balik rumah terus sahaja saya on laptop.Memcari komen-komen berkenaan dengan coklat kegemaran ramai di facebook.Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati ramai yang komen negatif berkenaan dengan coklat Dairy Milk .Ada DNA B$%%*.Mak aih ,mengapa sekarang baru nak detect ?

Nasib baik saya dah boikot terlebih awal coklat ini kerana isu kemanusiaan di Plastein dan saya tertanya-tanya juga peranan JAKIM ,sebab ini soal halal haram.Kata kawan saya,memang coklat ini berlemak bila di makan

Saya melihat anak saya yang berusia 4 bulan,terdetik perasaan bimbang di hati,apakah nasib anak kecil ini nanti ,kalau isu pemakanan ini tidak dititik beratkan.Bayangkan lama mana sudah coklat ini berada di pasaran negara ?dan berapa ramai pula yang sudah memakannya .

Saya malas nk menghentam cukup coretan ini sebagai rasa kekecewaan sorang pengemar coklat.

P/S.Mohon doa dan taubat pada ALLAH,Mohon juga sekiranya ada coklat muslim sila ketengahkan

Ulasan