4 alatan sokongan yang perlu ada ketika berniaga Secara terbuka






Berniaga kecil-kecilan secara offline menjadi pilihan,tatakala ekonomi tidak memberangsangkan
Namun untuk berniaga memerlukan peralatan sokongan untuk menyokong promosi terus kepada pelanggan .

secara asasnya 4 peralatan sokongan yang di perlukan iaitu:


  1. Meja 
  2. Bahan Iklan 
  3. Stock Produk 
  4. Payung/Kanopi


Meja 

Meja merupakan satu peralatan yang amat penting sekiranya melakukan jualan secara terbuka  dimana fungsi meja ini untuk menempatkan kesemua produk dan juga bahan iklan 

Saiz meja bergantung kepada kesesuaian perniagaan dan tempat  yang di jalankan perniagaan tersebut sebagai contoh berniaga di tepi bank,saiz meja di perlukan hanyalah bersazi kecil sahaja .

Pastikan meja di letakan  di tempat yang sesuai yang tidak menghalang laluan semasa urus niaga di jalankan

Bahan Iklan 

Bahan iklan seperti bisnes kad,flyer hendaklah disediakan secukupnya apa bila berniaga dan di edar kepada mereka-mereka yang berkenaan.

Pastikan pada bahan iklan tersebut di lengkapi dengan nama ,nombor tel  supaya mudah untuk mereka hubungi anda ,apabila memerlukan produk anda ,walaupun anda tidak berniaga ketika itu.

Stock Produk 

Sediakan secukupnya stock produk untuk berniaga,supaya urusan jual beli berjalan lancar dan tiada tangguhan untuk anda mendapat jualan

Susun dengan kemas di atas meja dan pastikan tidak berhabuk .

Payung/Kanopi

Berniaga di luar pada kebiasaannya terdedah kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ,adakalanya panas,adakalnya hujan .

Sebagai perniaga di tempat yang terbuka ,sediakan payung atau kanopi untuk mengelakan kerosakan pada stock produk yang di jual apabila berlakunya perubahan cuaca .yang paling penting peralatan ini mengikut  kesesuaian dan dimana anda berniaga.

Ulasan

  1. informasi yang menarik ..

    dan amat mencabar apabila tibanya musim panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. berniaga di tepi jalan banyak sekali di tempat saya ,kalau musim hujan boleh tengok orang jual ikan sungai dan ubi kayu

      Padam

Catat Ulasan